Rahsia Busines Digital
Powered by MaxBlogPress 
Home » Tips

Bernilaikah Masa Walau Pun Sesaat?..

20 September 2008 No Comment

Salam Ramadhan buat muslimin/muslimat.

Kali ini saya ingin kongsikan perihal Masa. Baiklah cuba kita bayangkan ada sebuah bank yang memberi kredit kedalam akaun bank setiap hari dan jumlah kredit tersebut mesti digunakan setiap hari tanpa sebarang baki. Setiap hari baki yang tertinggal akan dihapuskan. Tentulah kita akan belanjakan setiap sen yang ada, betul tak?. Sebenarnya setiap dari kita mempunyai ‘akaun bank’ seorang yang dinamakan ‘MASA’.

Setiap hari akaun bank kita akan dikreditkan dengan 86,400 saat seorang. Setiap saat yang tidak digunakan dengan baik akan hilang begitu sahaja. Masa yang yang tidak digunakan tidak mempunyai baki yang boleh dibawa kehadapan.

Setiap hari akaun baru akan dibuka untuk kita. Setiap hari jugalah masa masa yang tidak digunakan akan lenyap begitu saja. Jika kita tidak menggunakan ‘deposit masa’ yang diberikan dengansempurna, kita kita yang menanggung kerugian kerana kita tidak boleh untuk berpatah balik. Kita mesti meneruskan kehidupan hari ini dengan masa yang diberikan pada hari ini. Jadingunakan ia sebaik mungkin demi kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan kita. Masa akan terus berlalu tanpa mennggu sesiapa pun.. oleh itu gunakan sepenuhnya supaya lebih bermenafaat.

Mari kita lihat betapa bernilainya masa.

  1. Untuk mengetahui nilai setahun…. tanya kepada seorang penuntut yang baru gagal dalam peperiksaannya.
  2. Untuk mengetahui nilai sebulan…. tanyakan kepada seorang ibu yang baru melahirkan anak yang pra masa (tidak cukup bulan)
  3. Untuk mengetahui nilai seminggu…. tanya seorang pengarang akhbar atau majallah mingguan
  4. Untuk mengetahui nilai sejam…. tanya kepada sepasang kekasih yang sedang menunggu untuk bertemu
  5. Untuk mengetahui nilai seminit…. tanya kepada seorang yang baru ketinggalan keretapi
  6. Untuk mengetahui nilai sesaat…. tanyakan kepada seorang yang baru mengelakkan diri dari kemalangan
  7. Untuk mengetahui nilai perpuluhan saat…. tanyakan orang yang memenangi pingat perak dalam sukan olimpik…!!

Pengajaran, hargailah setiap ketika yang kita ada. Masa tidak akan menunggu sesia pun! Semalam telah menjadi sejarah… Esok adalah misteri dan hari ini adalah anugerah Tuhan.

Begitu juga halnya jika kita mahu berjaya dalam perniagaan cuba kita congkel salah satu rahsia disebalik kejayaan mereka yang telah berjaya.

Salam kejayaan.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.